Terbaik Dari Muazfaris

Monday, July 4, 2011

Harimau Vs Singa


Penat betul la 3 hari ni sampai nak update blog pun dah takda masa. Mana taknya, ada kerja kahwin sebelah rumah ni. Kalau tak tolong nanti di cop pila tak bercampur dengan orang. Jadi kena lah tunjuk kerajinan 3 hari ni. Tahniah pada korang yang kahwin hujung minggu lepas ya.

Dalam kesibukan menolong orang, MG sempat juga tonton perlawanan Malaysia menentang Taiwan. Tahniahlah MG ucapkan kepada skuad kebangsaan kerana berjaya ke peringkat seterusnya walaupun mengalami kekalahan pertama selepas menjuarai piala AFF tahun lalu. Apa yang kita dapat lihat,pengadil perlawanan seolah- olah tidak menyebelahi kita apabila 3 sepakan penalti diberikan kepada pasukan Taiwan dan banyak kad kuning berpihak kepada kita. Kepandaian pemain Taiwan berlakon memang tidak dapat dinafikan lagi apabila bagaimana sepakan penalti ketiga itu diperolehi.

Kita lupakan saja perlawanan semalam, dengan perlawanan dengan kelab gergasi EPL bulan ini, adakah jurulatih pasukan negara akan membuat satu strategi lain supaya pemain- pemain kita tidak mengalami kecederaan. Seharusnya, menentang skuad Singapura harus diutamakan dan ini adalah peluang kita untuk berada setaraf dengan pasukan terkuat benua asia yang lain.

Sama- samalah kita doakan kejayaan skuad bola sepak negara, agar menjadi inspirasi kepada anak- anak kita suatu masa nanti.

P/s: jangan gugat keamanan yang ada kerana ada pihak yang lebih mendapat manfaat...o_O
Published with Blogger-droid v1.7.2

6 comments:

CS @ Mama AA's said...

okla masih sempat update kan? tolong jgn x tolong...

syuxer said...

pasal lawan 3 team gergasi EPL tuh aku riso pemain akan injured..huhu

arap2 datuk k tau cmner nak rotate player huhu..

Hans Hanis said...

hopefully pasnih lawan Singapore menang bergaya :-)

Cabaran Dan Dugaan Untuk Menonton Filem Transformers: Dark Of The Moon

harrazdani said...

jgn main mati-matian sudah..anggap itu hanya perlawanan persahabatan nothing to loooosee...

harrazdani said...

klu mas dapat kalahkan dieorang pun orang akan kata "mereka bg malaysia menang la tu" jd pandai2 laaaaa....tumpu yg lebih penting.

Unknown said...

alah,pengadil mmg tak adil..hihi..patutlah tak nampak bayang MG..^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...