Hari ni orang kesayangan MG (si dia) kena kerja dari pagi ni sampai la pagi esok, ada stock take katanya. Memang kesian tengok dia ni, da 3 hari tak cukup rehat. Da la pagi- pagi kena sampai tempat kerja, balik pula tengah malam. Da dua malam ni aku ambil dia balik kerja, memang letih gila la muka dia.
Yang MG marah sangat ni, situasi si dia ni kat tempat kerja dia. Dia ni kira kerani IT la dan dalam department dia ni, dia kerja bertiga. Seorang ketua dan dua orang kerani biasa. MG marah sebab si dia ni selalu kena buat semua kerja, yang kerani seorang lagi tu memang hampeh. Si dia ni selalu la mengadu yang budak seorang ni memang pemalas, penipu dan macam-macam lagi la.
MG sebenarnya nak mentionkan disini yang gaji pokok si dia ni kurang berbanding dengan budak tu. Gaji pokok (basic) si dia ni RM800++ dan budak tu punya gaji RM850++... Boleh tak korang bayangkan yang korang buat kerja bagai nak rak, tapi orang lain dapat untung? Kalau korang buat kerja yang sama setiap hari, alasan 'tak tahu' tu patut ada ke? Hm.. harap si dia ni sabar jer la sampai MG kerja nanti.
Nak mandi dan sarapan dulu lah. Slamat membaca dan berblogging.. Huhuhu...
5 comments:
hidup memang begitu tak semua bernasib baik..dah berapa lama si dia awak tu kerja??..
Salam. Sebenarnya usaha sebegini hasilnya di akan dituai di akhirat sana. Sabar itu sebahagian daripada iman.
Kejayaan Terengganu Menjuarai Piala FA Tahun 2011
Akusipenulisblogygmalas..: hm.. da nak masuk 1 thun da.. huhu...
herumi: Insyaallah.. huhu..
uhuhu..bese lah 2 MG~ mang ade spesis cmni~ mang kne saba jela..klw dah xbole nk wt pape..
Post a Comment