Terbaik Dari Muazfaris

Showing posts with label santai. Show all posts
Showing posts with label santai. Show all posts

Saturday, October 20, 2012

Kelantan ke ATM????



Wah.... Sana sini dah demam piala Malaysia... Yang mana tak pernah ikut perkembangan bola sepak Malaysia pun heboh nak demam jugak... Hahaha... Tak apalah, janji korang ada pasukan pilihan dalam negara ni.... Tak kiralah yang kuat atau pun yang lemah kan....

Perlawanan malam ni buat aku rasa terseksa jek... Mana taknya, aku kena cover 2 mesin sebab partner mesin aku tu nak pergi stadium malam ni... TRW lah sangat... Kau seronoklah dapat tengok bola live... Aku ni kat line, sorang- sorang jek... Hmmm... Apalah nasib.... Jangan kata pergi stadium, tengok kat tv pun tak dapat....

Apa- apa pun aku nak ucap selamat berjaya kat pasukan yang aku baru sokong hari ni, The Gladiators... Hahaha... Harap korang dapat bawa balik piala Malaysia kat Kem Terendak, boleh aku pergi tengok nanti..... Mana tahu kan, kalau menang ni dapat public holiday kan..... Huhu....

posted from Bloggeroid

Hujan datang lagi



Selamat berhujung minggu kat korang... Wah, seronoklah dapat rehat- rehat dengan family kan... Aku jugak yang kena kerja waktu- waktu macam ni.... Kerja kilanglah katakan.....

Dah hujung- hujung tahun ni jugaklah hujan selalu turun mencurah- curah... Syukur nikmat dari Tuhan.... Walaupun hari- hari terpaksa berbasah, aku tak kisah pun sebab kerja adalah keutamaan aku.... Hahaha... maklumlah hujung tahun ni kan banyak bonus masuk... Kenalah tunjukkan komitmen kat bos.... Baru boleh dapat markah tinggi masa review nanti....

Tapi aku harap yang hujan ni takkan buat aku demam lagi bulan ni.... Batuk ni pun tak hilang lagi dek kerana demam 3 minggu lepas.... Pape pun korang jaga kesihatan korang juga k...

posted from Bloggeroid

Sunday, March 18, 2012

Hand animals terbaik

Gambar atau ilusi haiwan yang dihasilkan menggunakan tangan... Terbaik hand animals ni semua... Layanz....

Lukisan di kaki lima yang menakjubkan

Lukisan di kaki lima yang menakjubkan ni memang cantik dan nampak 3d jer.... Tabik spring lah kat sapa yang buat macam ni... huhuhu...


Thursday, March 15, 2012

Terlepas dari road block

gambar hiasan...

Pagi- pagi lagi aku dah bangun untuk bersiap- siap nak pergi buat medical checkup kat klinik Malin Tengkera.. Kenapa tiba- tiba aku nak pergi ye? Sedangkan dah dekat 4 tahun aku tak pergi buat checkup.. Huhu.. Sebab aku pergi medical checkup ni, aku dah ditawarkan kerja di infineon technology.. Bestnya rasa bila aku dah ditawarkan kerja dalam bidang yang aku belajar selama ni..

Tuesday, March 13, 2012

Pasang Master Filter di rumah

logo untuk produk ni
Semalam rumah aku didatangi oleh budak- budak dari syarikat E- NATURE.. syarikat ni jual filter air, tapi yang dia introduce kat aku tu untuk letak kat paip utama sebelum air disalurkan ke singki atau bilik air.. Mula- mula memang aku malas nak layan budak yang datang tu, tapi kesian sebab dia baru mula nak kerja dan praktikal kat syarikat tu. aku pun dengar la apa yang budak tu cakap, sampailah aku ditunjukkan satu video pasal air dalam paip yang selalu kita minum tu... pergh... bukan main berkarat lagi air yang ditapis tu... terus saja aku tanya harga kat budak tu...

Tunai baucar BR1M di CIMB

Rupa voucher yang diberi..
 Seawal pukul 7.30 pagi tadi aku sudah keluar rumah nak pergi temankan nenek ke Jeperun Durian Tunggal sebab nak ambil voucher BR1M. Disebabkan kaunter dibuka pukul 9.00 pagi, aku pun balik rumah lah tapi nenek aku tinggal kat sana sebab nak tolong orang memasak untuk kakitangan yang bertugas kot... Pukul 9.00 pagi aku pun pergilah balik Jeperun tu, memang jalan sesak gila nak- nak lori dan bas pun lalu kan... Aku terus ambil nenek aku, then pergi bank BSN dekat dengan tempat tu jer... Boleh pula pegawai bank tu cakap, bank tak ada cash.. Terpaksalah kena pergi CIMB Alor Gajah untuk tunaikan voucher hari ni juga...

Monday, March 12, 2012

Akibat pokok ditebang


Akibat pokok kat depan rumah aku ni ditebang, hari- hariku semakin hot... Huhu... Tapi nikmatnya bila angin tiba, memang best sungguh rasanya... Nak join bagi tau jer aku ok....

Sunday, March 11, 2012

Samsung buat hal lagi



Dah berapa kali aku kena macam ni... Memang tak habis- habis masalah samsung ni... Geram gila aku malam tadi, baru nak ambil gambar banyak- banyak masa hang out dengan kawan- kawan, bateri handphone aku ni habis pula... Samsung Ace oh Samsung Ace... Kenapa kau buat aku macam ni... Aku belai kau, aku jaga kau, aku sayang kau, tapi kenapa ini balasan kau kepada aku... Semalam 2 jam aku bagi kau makan lektrik kat rumah aku, kenapa kau nak mati juga??? why??? Why??? why???

Saturday, March 10, 2012

Aku dah terlajak

Ada mesej masuk lah... Dah pukul 10.00 pagi? Dah terlajar lah pulak pagi ni, baru teringat kena hantar adik aku pergi kelas tambahan. Dengan tak basuh muka, balik jer rumah memang my nenek dah tunggu depan pintu nak hentam aku cukup- cukup.. haha... Dah nasib aku pagi- pagi kena maki... Ini semua kawan- kawan aku punya pasal, dengan hasutan kononnya nak keluar minum- minum, akhirnya terjerumus juga aku dengan dia orang ni..

Monday, February 27, 2012

Tipu untuk apa?

Kali ni aku nak cerita pasal sorang kawan aku yang memang seorang yang unik dan penuh tanda tanya. (ayat cover line) Hahaha... Aku berkawan dengan dia ni bukan sekejap, dari kecil sampailah dah dekat 24 tahun umur aku ni. Jadi, memang aku dah kenal sangatlah perangai dia ni. Azrul (bukan nama sebenar) memang suka sangat bercerita, boleh ralit jugalah kalau dengar dia cerita tu. Azrul ni ada 2 orang sepupu yang seangkatan dengan aku juga, lebih kurang sebaya jugalah.

Nak dijadikan cerita, kita orang ni selalunya akan lepak kat rumah Azrul ni sampai pukul 2 ke 3 pagi. Dia ni kerja kilang dan masa kejadian yang aku nak cerita sekejap lagi ni dia berkerja shift pagi. Waktu tu hari rabu jam 8.30 malam, macam biasalah aku pergi rumah dia nak lepak bagi menghilangkan bosan. Sampai jer aku kat rumah dia, dia baru jer lepas mandi. Kita orang borak jer la tapi baru 30 minit dia dah menguap macam aku ni menganggu dia jer malam tu. Lepas aku habiskan sisa asap, aku terus jer la minta diri dalam pukul 9.30 malam.

Pukul 12 malam tu aku dapat mesej dari Amir, sepupu kepada Azrul ni. Dia nak cerita sesuatu kat aku lah tu. Tapi yang peliknya kenapa nak jumpa kat rumah azrul pula? Bukan dia nak tidur ke tadi. Aku pun capai motor honda ex5 vtec aku tu pergi ke rumah azrul, 1 minit jer dah sampai. Terkejut juga azrul dengan matanya yang segar tu tengah berborak dengan 2 sepupu dia tu. Saja aku sindir, tak tidur ke der? Senyum siput sedut pula dia ni. Kita orang pun boraklah sampai pukul 1. Aku tak perasan lagi apa yang terjadi kat budak 3 orang ni. Sampailah amir dan budi (sepupu azrul sorang lagi) ajak aku pergi 7 eleven nak beli topup katanya. Aku ikutkan jugalah sebab malam tu memang dah bosan habis.

Masa dalam perjalanan tu barulah aku tahu kenapa amir panggil aku tadi. Rupa- rupanya ada yang amir dan budi tak puas hati dengan azrul. Budi mulakan cerita, lepas aku balik dari rumah azrul, budi pula sampai kat rumah azrul. Sebab aku pun dah balik rumah, budi pun baliklah dengan niat nak main facebook sekejap. Memang masa tu azrul tengah online dan sempat chatting dengan budi, budi ni memang kalau buka laptop memang tak tutup balik. Dia tinggalkan dan terus ke rumah azrul dalam 500 meter dari rumah dia. Dari jauh nampak cahaya tv yang terang dan lampu rumah yang terang benderang, tapi bila tiba saja kat gate rumah azrul, dengan serta merta tv terpadam dan lampu tertutup serta merta. Kalau korang berada kat tempat budi tu apa yang korang rasa? Bila ditanya, dah tidur tapi boleh pula chat kat fb. Untuk apa dia tipu pun aku tak tahu. Sebab aku pun fb terkena juga, dalam mengantuk pun ada masa nak buka laptop. Mungkin aku kacau ketenteraman dia kot.

Malam tu kita orang memang kutuk jer azrul ni sampailah balik rumah. Jahat kan kita orang? Tapi jahat lagi dia sebab tipu kita orang ni sebagai kawan rapat dia. Apa pun tak boleh... Adoiyai...

Sunday, February 26, 2012

Hantu PLKN



Entri kali ni aku nak cerita tentang pengalaman aku masa PLKN tahun 2006 dulu. Aku bukan tak aktif langsung masa sekolah dulu, tapi entah kenapa pula aku kena pergi khidmat negara ni. Memang tak ada niat langsung nak pergi, yelah nak pergi tu bukan ada kawan pun.

Aku gagahkan diri jugalah pergi, dan bukan jauh sangat pun rumah aku dengan kem tu. Aku kena kat Jasin Melaka, nama kem tu kem lagenda. Tempatnya memang totally dalam hutan, kalau nak fly memang fikir seribu kalilah. Dalam kem ni memang semua kemudahan lengkap, asrama lelaki dan perempuan pula dipisahkan dengan trek kembara halangan yang macam dinding 10 kaki tu lah.

Minggu pertama aku memang paling menyeksakan jiwa sebab nak sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan kawan- kawan baru. Masuk minggu ketiga, aku dah kena berjaga malam dan semua pelatih wajib berjaga malam ikut jadual yang ditetapkan. Memang seram gila malam tu, kiri kanan depan belakang hutan saja. 3 jam kita orang berjaga, memang banyak bunyi yang aku dengar. Sayup- sayup jer dengar orang mengilai, rupa- rupanya budak- budak ni belum tidur lagi. Jadi, selamatlah aku malam tu sebab tak ada benda yang menganggu tugas aku.

Tapi makin lama, makin banyak lah cerita yang aku dengar dari pelatih lain yang dia orang ada terserempak dengan lembaga perempuan. Bukan sorang dua, tapi ramai yang dah nampak benda tu, kat tandas, kat bilik telefon dan kat kantin pun ada. Sebagai seorang yang tak pernah jumpa benda mengarut ni, memang aku tak ambil pusing apa yang dia orang cerita tu sampailah patut hari tu.

Malam tu semua pelatih ada ceramah macam biasalah kat dewan makan, lepas jer minum malam memang boleh buat aktiviti bebas macam biasa juga. So, dari kantin ke asrama lelaki memang akan nampak tembok 10 kaki tu. Tapi malam tu memang ramai budak depan aku berhenti separuh jalan sambil perhatikan kat tembok tu. Memang sesuatu yang tak
dijangka depan mata aku, sekujur tubuh berkain putih dan berambut panjang memandang kearah asrama lelaki. Memang terkejut jugalah sebab dapat tengok live ramai- ramai pula tu.

Jadi, memang betullah apa yang budak- budak ni cakap. Nasib baik bukan aku sorang jer yang nampak benda tu, kalau tidak, memang tak tenanglah hidup aku. Yang menjadi tanda tanya, betul ke benda yang aku nampak ramai- ramai tu? Dan yang paling pelik, sebelum kita orang nampak benda tu, tak ada yang histeria pun tapi lepas malam tu, tiap- tiap hari ada saja yang histeria. Hurm... Kebetulan kot semua tu.
Haha...

Peluang keemasan



Dah seminggu rasanya Mr Labu tak buat entri kat blog ni. Sibuk bangat akhir- akhir ni sebab kena travel melaka- kuala lumpur tiap- tiap hari atas urusan kerja.

Memang memenatkan sangat bagi Mr Labu, bukan sebab kerjanya tapi perjalanannya. Ditambah lagi dengan transport yang dah uzur sangat tu, memang ada jer lah masalah yang datang. Tak sampai 1 minggu kerja, dah memang barai rasa badan ni sebab perjalanan yang jauh tu. Akibatnya, selamat tinggallah kerja yang ku sayangi.

Bukan nak mengada- ngada sebab site yang jauh tu, tapi lepas apa yang terjadi hari- hari sebelum ni membuatkan aku rasa memang jiwa aku tak boleh terima kerja ni. Dengan tayar motor aku pancit 2 kali, memang nak claim pon susah, lagi buat aku nak cabut awal- awal dari syarikat tu. Masa interview, bos cakap boleh claim kerosakan motor dan ada elaun minyak, alih- alih bila minta, tak nak bagi pula. Serius bengang lah dengan bos tu.

Dengan gaji yang tak seberapa tu ditambah lagi dengan naik motor ulang- alik melaka dan kl, memang patutlah aku berhenti. Memang susah nak cari kerja sekarang ni tapi kalau dah majikan pun tak prihatin, baik Mr Labu cari kerja lain. Kerja operator kilang pun tak apa janji dapat pengalaman dalam bidang yang Mr Labu ceburi.

Saturday, February 11, 2012

Tidak layak terima BR1M


Semalam Mr Labu dapat surat ni yang menyatakan nenek Mr Labu tidak layak terima BR1M. Bukan Mr Labu nak marah atau memaki pihak tertentu, tapi megikut tarikh surat ni dikeluarkan 2/2/2012 dan semalam baru sampai ke rumah nenek Mr Labu. Tak tahu lah mana silapnya, sebab masa kami tulis borang dulu memang tak ada kesalahan, apa boleh buat, memang tak ada rezeki kan.

Thursday, February 9, 2012

15 tahun hantar surat, 200 000 km perjalanan

Inginkan Sesuatu Yang Sihat? Tolonglah Jangan Patahkan Hati Saya

Pekerja pos wanita bernama Luo Xiying ini sedang membawa beg mel merentasi jambatan kecil di  bandar Chenfang. Luo, yang telah menghantar mel sejak tahun 1996 berulang alik diantara pejabat pos dan kawasan penghantaran dan dia mempunyai pilihan menaiki basikal 70 km atau mendaki laluan 40 kilometer.

Wednesday, February 8, 2012

Kenapa Kodan harus tersingkir?


First sekali Mr Labu nak bagi tahu yang Mr Labu bukannya tak suka Kodan dan entri ni bukan untuk mengutuk atau mentertawakan Kodan yang dah tersingkir Raja Lawak minggu lepas. Minggu lepas, Kodan tersingkir sebab korang lah tak undi dia. hehe.. 3 peserta dapat undian terendah tu Kodan, 2yol dan Selak. So, yang paling tak menonjol memang terkeluarlah kan.

Tuesday, February 7, 2012

Guna azimat boleh lulus BI?

Korang baca tak harian metro pagi ni? Sepanjang Mr Labu hidup ni tak pernah pula dengar orang lulus peperiksaan guna azimat, nak- nak lagi guna benda tu untuk bahasa inggeris. Makin pelik dunia sekarang ni, bila dah semakin maju, makin mengarut pula perbuatan manusia. Yang percaya benda- benda ni bukan orang yang kurang berpelajaran tapi penuntut IPT pula tu.

Monday, February 6, 2012

Ramly tak salah



Ekh.. Kenapa Mr Labu buat entri Ramly pula ni? Huhu... Sebenarnya Mr Labu tengok tv3 tadi dan tertarik pasal berita yang Frankfurter keluaran Ramly tu ada DNA babi. Terperanjat juga Mr Labu sebab dulu memang selalu makan benda tu.

Bestnya mandi dikhalayak ramai

Apa pendapat korang kalau ada orang mandi dalam kolam kecil tengah- tengah bandar? Korang tak ada rasa nak join ke? Kalau Mr LAbu, memang nak join jer tapi tak tau cukup ruang ke tak... Hahaha...

Salji menutupi Eropah

Best betul kalau ada salji kat Malaysia kan? Tapi salji yang tebal pun akan menyukarkan kita nak buat aktiviti harian... Layan jer gambar dibawah ok...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...