Terbaik Dari Muazfaris

Saturday, October 20, 2012

Kelantan ke ATM????



Wah.... Sana sini dah demam piala Malaysia... Yang mana tak pernah ikut perkembangan bola sepak Malaysia pun heboh nak demam jugak... Hahaha... Tak apalah, janji korang ada pasukan pilihan dalam negara ni.... Tak kiralah yang kuat atau pun yang lemah kan....

Perlawanan malam ni buat aku rasa terseksa jek... Mana taknya, aku kena cover 2 mesin sebab partner mesin aku tu nak pergi stadium malam ni... TRW lah sangat... Kau seronoklah dapat tengok bola live... Aku ni kat line, sorang- sorang jek... Hmmm... Apalah nasib.... Jangan kata pergi stadium, tengok kat tv pun tak dapat....

Apa- apa pun aku nak ucap selamat berjaya kat pasukan yang aku baru sokong hari ni, The Gladiators... Hahaha... Harap korang dapat bawa balik piala Malaysia kat Kem Terendak, boleh aku pergi tengok nanti..... Mana tahu kan, kalau menang ni dapat public holiday kan..... Huhu....

posted from Bloggeroid

Hujan datang lagi



Selamat berhujung minggu kat korang... Wah, seronoklah dapat rehat- rehat dengan family kan... Aku jugak yang kena kerja waktu- waktu macam ni.... Kerja kilanglah katakan.....

Dah hujung- hujung tahun ni jugaklah hujan selalu turun mencurah- curah... Syukur nikmat dari Tuhan.... Walaupun hari- hari terpaksa berbasah, aku tak kisah pun sebab kerja adalah keutamaan aku.... Hahaha... maklumlah hujung tahun ni kan banyak bonus masuk... Kenalah tunjukkan komitmen kat bos.... Baru boleh dapat markah tinggi masa review nanti....

Tapi aku harap yang hujan ni takkan buat aku demam lagi bulan ni.... Batuk ni pun tak hilang lagi dek kerana demam 3 minggu lepas.... Pape pun korang jaga kesihatan korang juga k...

posted from Bloggeroid

Sunday, March 18, 2012

ikan paus sperma terdampar di China

Seorang lelaki menyentuh paus sperma yang terdampar di pantai Laut Kuning di Yancheng, wilayah China Timur. Empat ikan paus sperma telah ditemui hidup di pantai Padang Garam Xintan di bandar Yancheng, tetapi mati walaupun usaha menyelamat telah dilakukan, kata seorang jurucakap.

Hand animals terbaik

Gambar atau ilusi haiwan yang dihasilkan menggunakan tangan... Terbaik hand animals ni semua... Layanz....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...