London (Reuters) - Polis beserta kakitangan sokongan polis di Inggeris harus membuktikan kecergasan mereka dalam ujian tahunan atau kalau tidak gaji mereka akan dipotong, peraturan tersebut akan dikuatkuasakan setelah kajian mendapati 64 peratus polis dan staff mempunyai kelebihan berat badan, obesiti atau gemuk tapi tidak sihat, selepas penyelidikan dilakukan pada hari Khamis (15/3).
Pasukan yang ditugaskan oleh kerajaan melapor kecekapan polis, catatan mengenai keadaan kesihatan polis tersebut menyarankan agar pegawai yang gagal ujian kecergasan tiga kali harus didisiplinkan, mereka boleh kehilangan 8 peratus dari gaji, iaitu sebanyak 3 ribu poundsterling atau nilai dengan 4.700 dolar Amerika untuk beberapa.
Data tersebut berdasarkan pada kajian terhadap lebih dari 11 500 pegawai dan kakitangan polis di London yang mendapati bahawa 44 peratus daripada mereka mengalami berat badan berlebihan, obesiti 19 peratus, dan satu peratus gemuk tidak sihat, kata laporan itu.
Peninjauan tersebut merupakan usaha kerajaan untuk membuat pengurangan sekitar 20 peratus anggaran untuk polis sebagai sebahagian daripada langkah-langkah penjimatan, cadangan lain adalah kememungkinan petugas untuk dipecat, pemotongan gaji awal, menaikkan usia bersara dan kelayakan untuk pelantikan kakitangan yang lebih baik.
Usul tersebut disambut baik oleh ketua polis, belum disosialisasikan ke pegawai biasa yang akan menghadapi pembekuan gaji, peningkatan yuran dana pencen dan pemutusan hubungan kerja (phk).
"Polis sudah bosan dengan keadaan aman dari ketidakpastian dan serangan, yang berterusan pada masa ini," kata Paul McKeever, Ketua Persekutuan Polis Inggeris dan Welsh.
"Kami sudah tidak tahan lagi, sudah cukup," demikian kata Paul.
1 comment:
Harap sgt Kat Malaysia pun ada law camni..heeehe..baru la boleh kejar penjahat..
ini x..kat Malaysia dah x selamat..penjahat makin ramai..polis bkn dpt tgkp sgt pun..
Post a Comment