Terbaik Dari Muazfaris

Showing posts with label bola sepak. Show all posts
Showing posts with label bola sepak. Show all posts

Saturday, October 20, 2012

Kelantan ke ATM????



Wah.... Sana sini dah demam piala Malaysia... Yang mana tak pernah ikut perkembangan bola sepak Malaysia pun heboh nak demam jugak... Hahaha... Tak apalah, janji korang ada pasukan pilihan dalam negara ni.... Tak kiralah yang kuat atau pun yang lemah kan....

Perlawanan malam ni buat aku rasa terseksa jek... Mana taknya, aku kena cover 2 mesin sebab partner mesin aku tu nak pergi stadium malam ni... TRW lah sangat... Kau seronoklah dapat tengok bola live... Aku ni kat line, sorang- sorang jek... Hmmm... Apalah nasib.... Jangan kata pergi stadium, tengok kat tv pun tak dapat....

Apa- apa pun aku nak ucap selamat berjaya kat pasukan yang aku baru sokong hari ni, The Gladiators... Hahaha... Harap korang dapat bawa balik piala Malaysia kat Kem Terendak, boleh aku pergi tengok nanti..... Mana tahu kan, kalau menang ni dapat public holiday kan..... Huhu....

posted from Bloggeroid

Thursday, February 9, 2012

Barcelona ke final Piala Sepanyol

Barcelona melangkah ke final piala Sepanyol apabila mencatatkan kemenangan 2-0 keatas Valencia di separuh akhir kedua.

Monday, February 6, 2012

Tamat Sudah Perjuangan Harimau Muda



Ball watching memang sentiasa menghantui pasukan negara kita tidak kira pasukan senior mahupun skuad muda. Jaringan pertama yang amat mudah didapatkan oleh pasukan Bahrain memberikan kelebihan kepada pasukan itu menuju bilik persalinan bagi separuh masa pertama.

Sunday, February 5, 2012

Malaysia vs Bahrain 5 Februari 2012


Malam ini pasukan harimau muda kita akan meneruskan perjuangan bagi kelayakan sukan olimpik zon asia. Wakil tunggal asia tenggara ini akan mencabar keupayaan pasukan tuan rumah, Bahrain.

Friday, February 3, 2012

Ahn Jung Hwan umum bersara


Peminat bola sepak dunia pasti akan mengingati golden gol yang dijaringkan oleh Ahn Jung Hwan pada perlawanan suku akhir piala dunia 2002 menentang pasukan itali dimana korea selatan layak ke peringkat separuh akhir di kejohanan itu.

Pada selasa lalu, Ahn Jung Hwan telah mengumumkan persaraan setelah 14 tahun bermain dan mengumpul 67 cap antarabangsa. Beliau yang kini berusia 36 tahun, mengumumkan persaraan di seoul dengan penuh emosi kerana perasaan sayangnya pada sukan bola sepak.

 
Full name Ahn Jung-Hwan
Date of birth 27 January 1976 (age 36)
Place of birth Paju, Gyeonggi, South Korea
Height 1.78 m (5 ft 10 in)
Playing position Retired (Former Second striker / Attacking midfielder)
Credit
 

Thursday, February 2, 2012

74 meninggal dunia dan 248 cedera


Rusuhan penyokong ini berlaku selepas perlawanan antara kelab Al- Masry vs Al- Ahly dimana penyerang import kelantan iaitu Mohamed Ghaddar pernah bersama kelab Al- Ahly pada tahun 2010.

Mr Labu harap para pemain dan pegawai skuad harimau muda yang akan menggalas tugas bagi kelayakan olimpik nanti dilindungi dari perkara seperti ini.

Wednesday, February 1, 2012

Safee Sali bersama Pelita Jaya sehingga 2014


Entri pertama tahun ini ialah berkenaan dengan penyerang negara yang berbakat, Safee Sali. Hari ini Mr LAbu telah meninjau- ninjau blog sukan dan astro arena dimana kontrak penyerang kebangsaan kita itu bersama Pelita Jaya telah disambung selama 2 tahun sehingga 2014.

Tamat sudah teka- teki sebelum ini dimana hala tuju Safee selepas dikaitkan dengan perpindahan ke kelab- kelab lain. Dengan ini, sudah tertutup jugalah harapan pasukan- pasukan lain untuk mendapatkan khidmat penyerang itu terutamanya dari negara kita selepas desas- desus yang mengatakan beliau akan kembali ke negara ini kerana status pengharaman ISL.

Bagi Mr Labu, bermain di luar negara adalah langkah terbaik untuk pemain- pemain negara kita kerana dengan pengalaman yang lebih luas, pastinya memberi impak kepada pasukan Harimau Malaya dikemudian hari. Syabas Safee, semoga anda menjadi ikon terbaik kepada semua anak muda yang ingin menyerlahkan bakat seperti anda.

Thursday, July 28, 2011

Terima Kasih Atas Semangat Anda...!!!


Wwaaarrggghhhh.... Memang sedih apabila Malaysia tersungkur di perlawanan kedua dimana kita tidak layak untuk ke pusingan ketiga bagi perebutan slot ke Piala Dunia 2014 di Brazil. Bagi skuad negara tiada apa lagi yang perlu dikesalkan, hanya perlu mengambil pengajaran diatas kesilapan yang telah dilakukan sahaja mampu meningkatkan cara permainan skuad kita selepas ini.
Tahniah kepada Super Safie sebab menghadiahkan satu lagi gol yang amat cantik dan terbaik pada perlawanan malam ini. Tiada yang lebih bermakna daripada gol yang disumbangkan oleh pemain kelab Pelita Jaya ini. Tahniah kepada penonton yang berjaya datang ke stadium Bukit Jalil. Jumlah penonton yang mencecah 90 ribu adalah suatu yang boleh dibanggakan oleh bola sepak negara dan kita perlu mengekalkan budaya ini supaya bola sepak negara kembali rancak meningkat selepas ini.

Tahniah juga skuad singa yang telah menterjemahkan permainan yang paling "baik" dengan pelakon- pelakon bertaraf hollywood. Jangan khuatir sebab anda mungkin ada wakil bagi pemenang Oscar tahun hadapan. Tidak dinafikan pemain "IMPORT" ini bermain dengan baik, ditambah pula dengan faktor fizikal, maka mereka memang layak ke peringkat seterusnya.

Amaran keras...!!!! Bola sepak Malaysia semakin hari semakin maju, anda pasti akan tunduk dengan kami satu hari nanti... Hahaha.... Peminat Malaysia...!!! Harimau muda belum tumbang, mari support mereka pula selepas ini...

Saturday, July 23, 2011

Harimau Tumbang Akibat Di Bius...!!!


Apa lagi nak diperkatakan??? Serak sudah suara aku jerit semasa skuad negara menentang skuad Singapura... Keputusan tak boleh diubah, hanya pengajaran yang mungkin nak dipelajari atau di 'ignore' oleh pemain kesayangan kita...

Apa yang bermain difikiran Datuk K. Rajagopal selepas memperjudikan nasib negara dengan memasukkan pemain yang kurang berpengalaman dalam aksi antarabangsa??? Formasi dahulu lebih mantap, hanya pertahanan yang rapuh... Kenapa disaat Amirul Hadi sedang berada ditahap permainan yang baik tidak diturunkan dalam '1st eleven'??? Why Datuk??? Why???

Apa yang aku lihat, dua pertahanan tengah memang kurang bersedia... Sepatutnya, selepas gol ketiga dijaringkan Datuk kena parking the bus kat gol kita tu... Jurang tak jauh, hanya 1 gol... Tapi???? Why Datuk???? Why??? Apa- apa pun sokongan aku tetap dengan pasukan kita... Banyak improvement yang aku lihat dari permainan mereka masa second half tu... Gud luck for the second match... O_o

Friday, July 22, 2011

Betul Ke Yossi Benayoun Kena Boo???


Selepas kemenangan 1-0 skuad Chelsea keatas skuad pilihan Malaysia XI, memang aku puas hati lah dengan keputusan perlawanan tu walaupun corak permainan yang ditunjukkan skuad negara adalah paling hm3 bagi aku. Salah seorang pemain yang diturunkan pada separuh masa pertama ialah Yossi Benayoun dan tahukah korang yang dia ni seorang Israel???

Ada yang suka dan ada yang tak suka, itulah adat dunia, tapi betulkah dia ni kena boo masa perlawanan semalam? Maklumlah, aku tengok bola pun kat tv saja, tak tahu pun apa yang betul- betul terjadi kat stadium tu. Bagus juga dia kena boo, aku pun tak suka permainan dia sejak dia kat Liverpool lagi.. Huhu... Antara petikan yang mendakwa Benayoun ni kena boo...


"Yossi Benayoun was booed throughout Chelsea’s pre-season tour opener - because he is an Israeli.
Benayoun was the first player from Israel in recent memory to play in Muslim-majority Malaysia, which is a staunch supporter of the Palestinians and has no diplomatic ties with Israel.
The midfielder was booed and jeered during the first half of Chelsea’s 1-0 win over a Malaysian XI."
sumber: http://www.mirrorfootball.co.uk/news/Chelsea-news-Yossi-Benayoun-racially-abused-throughout-pre-season-game-Malaysia-because-he-is-Israeli-article774057.html

Apa- apa pun korang boleh nilai lah apa yang terjadi, dan dimana toleransi digunakan dalam kehidupan. Saudara kita di Palestin, fikir- fikirkan lah sebelum melindungi seorang yang menyakiti saudara kita...

Saturday, July 16, 2011

Menang Walaupun Kalah...!!!

Tahniah....!!!!

Kekalahan  6-3 kepada kelab ternama Liverpool sebenarnya bukan bermakna kita tewas sepenuhnya... Dengan jaringan gol Safiq Rahim dan dua gol dari penyerang Safie Sali, sudah menunjukkan skuad Harimau Malaya ini mempunyai standardnya yang tersendiri... Hanya disebabkan hilang fokus dan tiada persefahaman yang baik, maka ia dihukum oleh pasukan Liverpool dengan gol- gol yang mudah...

Setelah direhatkan di dalam beberapa perlawanan sebelum ni, Safie Sali kembali dengan cemerlang dengan gol- gol yang menarik... Pasukan Liverpool memang tidak bermain dengan baik pada hari ini, tetapi perlu diingatkan bahawa status mereka sebagai pemain handalan dunia, dan pasukan kita mampu bersaing dengan baik... Berikan mereka sedikit masa untuk mencari sesuatu yang lebih bermakna untuk nama negara suatu hari nanti.... Go Harimau Malaya....O_o...

p/s: bila lah pemain Malaysia nak main kat EPL agaknya... Mungkin zaman anak- anak aku kot nanti baru ada... huhuhu....

Budaya Bola Sepak: Liverpool Vs Malaysia...!!!!


Huhu... Apa pandangan korang tentang video diatas??? Perlukah korang memalukan sesorang yang tidak sehaluan dengan korang... Semua boleh fikir baik dan buruk, jangan mengaibkan orang lain terutamanya sesama Islam... Pape pun, jangan tunjuk berani kat tempat orang... Padahnya seperti di atas...O_o

Friday, July 15, 2011

Malaysia tewas ke???

Susah betul lah kalau duduk kat rumah sewa yang tak ada internet ni... Macam tak cukup sesuatu jer dalam hidup ni... Huhu... Minggu depan nak pinjam broadband 'si dia' lah..

Malaysia tumpas dikaki Arsenal ke??? Semalam cuba juga tanya kat kawan- kawan kalau ada live, tapi hampa jer... Tapi tak apalah sebab skuad Datuk K pun tak dapat tunjukkan aksi sebenar mereka kan... Perlawanan pertunjukkan macam ni pun bukan perlawanan penting untuk negara kerana perlawanan menentang Singapura adalah lebih penting dalam menaikkan ranking pasukan negara kita...

Diharapkan skuad negara akan menemui rentak permainan mereka menjelang perlawanan pertama menentang Singapura nanti.... Harimau malaya pasti akan mengaum kali ini... Hahahaha.... Peace...o_O
Published with Blogger-droid v1.7.2

Thursday, June 30, 2011

Gol Mudah Untuk Taiwan

Persembahan yang meyakinkan oleh pasukan Harimau Malaya dipertontonkan kepada peminat bola sepak negara dan seterusnya melakarkan kemenangan 2-1. Dua gol hasil jaringan kapten pasukan negara, syafiq rahim dan tandukan aidil zafuan nyata menceritakan kesungguhan mereka untuk mencatatkan kemenangan di tempat sendiri.

Kemenangan dengan jaringan yang besar seharusnya dicapai kerana dengan itu sahaja yang akan membuatkan skuad negara akan berada dalam situasi selesa sebelum berkunjung ke tempat lawan. Tetapi sebaliknya, pasukan Taiwan berjaya mendapatkan satu gol yang amat mudah hasil kelekaan benteng pertahanan pasukan negara. Kekesalan ini juga dikongsi oleh semua pemain lain di luar padang yang agak sugul meskipun mencapai kemenangan.

Perlawanan kedua diantara Malaysia dan Taiwan dijadualkan pada hari ahad ini dan akan menentukan pasukan mana yang akan mengisi slot ke peringkat seterusnya. Diharapkan sedikit perubahan dilakukan oleh Datuk K. Rajagopal untuk memperkemaskan benteng pertahanan negara dari dibolosi pihak lawan selepas ini.

p/s: support pasukan negara kita....o_O
Published with Blogger-droid v1.7.2

Wednesday, June 29, 2011

Keputusan: Malaysia Vs Taiwan

Malam ini kita akan manyaksikan satu lagi perlawanan yang melibatkan pasukan negara kita. Seperti biasa, harapan yang tinggi dari peminat pasukan Harimau Malaya pastinya mahukan sesuatu yang terbaik bagi kelayakan piala dunia ini.

Bermain di laman sendiri malam ini diharapkan dapat memberikan kelebihan pada skuad kendalian Datuk K. Rajagopal. Diharapkan segala perancangan akan berjalan dengan lancar dan satu corak permainan yang menghiburkan dapat ditunjukkan..

Mari saksikan perlawanan Malaysia Vs Taiwan pada jam 8.45 malam ini. Kat astro arena pun ada. Huhu..
Published with Blogger-droid v1.7.2

Saturday, June 25, 2011

Kelayakan Olimpik London: Gary Steven Robbart Harus Belajar...

Hasil kemenangan yang dikecapi oleh pasukan bola sepak Malaysia adalah hasil keringat dan permainan bersungguh- sungguh yang ditunjukkan oleh anak buah Ong Kim Swee. Tidak dinafikan, corak permainan dengan hantaran- hantaran pendek ala- ala Barcelona itu dapat membuahkan hasil yang baik pada pasukan negara.

Thursday, June 23, 2011

Keputusan Malaysia VS Lebanon


Debaran peminat bola sepak negara akan berakhir apabila skuad negara dijadualkan akan menentang pasukan Lebanon pada jam 8.45 malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. Apakah ramalan anda untuk perlawanan malam ini? Adakah skuad yang dibimbing oleh Ong Kim Swee ini mampu mengecewakan hasrat Lebanon untuk mara ke peringkat seterusnya?

Saturday, June 18, 2011

Perlawanan persahabatan: Malaysia 2 Myanmar 0..!!!!

Wah.. Tadi MG sempat juga tengok bola kat rumah.. Tahniah pada skuad negara kita sebab menunjukkan aksi yang menarik dan kelas tersendiri walaupun padang yang agak basah dan lecak. MG bukan nak puji sangat jumlah jaringan tapi sebab tadi MG tengok Malaysia boleh dapat lebih dari tu.. Mungkin tak ada luck kan...


Pandangan MG lah, corak permainan skuad negara kita memang da meningkat, dengan kawalan bola yang baik dan keserasian pemain membuatkan pihak lawan tak ada peluang nak kuasai bola... Cuma ada lah sedikit kelemahan yang perlu diperbaiki, tapi total perlawanan memang menghiburkan walaupun ramai pemain gantian dibawa masuk.

Teruskan usaha supaya bola sepak Malaysia terus maju.. Kalau boleh, sampai Sir Alex Ferguson turun Malaysia sebab nak tengok pemain kita... Hahaha...wwwhhhhoooooaaaa.....

Monday, June 13, 2011

Cerita Bola Sepak... Pemain bintang MG...


Haa.. Tu dia pemain pilihan MG. Kalau lah MG jadi manager, ni la dia barisan kesebelasan utama. Hahaha.. Rasanya kalau pemain- pemain ni main kat Malaysia, mahu juga lingkup negara kita. Just suka- suka jer wat ni. Lagipon MG suka tengok bola kan so ni la barisan pemain yang akan dibeli MG kalau main football manager... Hahaha...
  1. Neuer (GK)
  2. Clichy
  3. J. Terry
  4. G. Pique (c)
  5. V. D. Wiel
  6. C. Ronaldo
  7. M. Ozil
  8. A. Young
  9. Messi
  10. Chicarito
  11. L. Suarez

Saturday, June 11, 2011

Team mana pilihan korang???


Malam ni dua team dari pantai timur ni akan bersaing untuk merebut Piala FA.. 
Siapa pilihan anda??? Segalanya akan terjawab malam ni... Bagi MG yang
memang tak beli tiket memang duduk kat depan tv jer la.. hahaha...
Untuk ramalan malam ni, MG ramalkan kelantan menang 2-1 ke atas Terengganu..
hahahaha... Same- same kita nantikan malam ini k... peace yeah!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...