Terbaik Dari Muazfaris

Tuesday, June 14, 2011

Apa punya sikap la..?


Fuh.. Penatnya.. MG baru lepas ambil adik dari sekolah. Pukul 4 MG sampai sekolah, adik tak keluar lagi sampai la pukul 4.30 tadi baru dia keluar. Ok lah, sekarang boleh rehat- rehat jap buat entri untuk petang ni.

Masa MG duduk tunggu adik tadi ada la sikit perkara yang sakit hati juga la MG tengok. Kereta yang lalu depan sekolah tu memang tak reti nak perlahan sikit ke? Bukan tak ada budak tepi jalan tu, maklum la budak- budak kan suka gurau- gurau,berlari- lari, so kalau terlanggar macam mana?

Lepas tu ada pula mak bapa berlumba- lumba nak balik sampai tak tengok jalan tu, ikut suka dia jer nak U-Turn   bila dia nak. Kalau da berdentum tadi memang MG juga la yang susah sebab nak mengangkat dia orang. Nak jadi saksi lagi nanti, kansusah tu.

So, blogger- blogger berhati- hati di jalan raya ya, yang nak balik dari tempat kerja tu sabar- sabar la ok?
Nak tolong nenek sagat ubi jap. Esok nak buat lepat ubi katanya. Hahaha...

2 comments:

EiZaRaZiErYa said...

wah~ sedap nye lepat ubi~ nk banyak~
ehehe..tamak~

wink3 >_<

MG said...

haha.. lepat da abes sebab da tengahari kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...