Terbaik Dari Muazfaris

Wednesday, June 15, 2011

Betul ke ni?


Wah, tengah hari ni nenek masak kari dal + telur rebus la. Sedap hingga menjilat pinggan, jari dan kaki (huhu.. tipu jer). Apa pon rezeki yang kita dapat hari ni, ucapkanlah syukur kepada Allah ya.

Kali ni MG nak kongsikan apa yang MG lihat dan rasakan selama ini.
Orang kurang Upaya (OKU) yang lahir di dunia ini sudah pasti tidak mahu diciptakan sebegitu kan? Tapi sudah pastinya mereka adalah kekasih Allah SWT. MG tak pernah malu berkata kepada orang lain yang MG ada seorang ibu saudara yang kurang upaya sejak kecil lagi. Kalau anda malu tak? Huhu...

MG nak fokuskan apa yang mereka nampak dari mata mereka saja. Dekat dengan rumah MG ada bangunan yang baru siap untuk Burung Walit tu, korang faham kan? Jadi bangunan tu tunggi juga la macam bangunan sekolah 4 tingkat. Setiap hari makci MG ni akan berdiri bawah pokok getah (redup sikit) dan akan pandang arah bangunan tu dan kenderaan yang lalu- lalang kat jalan raya tu.

Kebetulan pula tadi moyang MG tegur kenapa MG perhati makcik lama sangat, MG cakap apa yang MG perasan. So, moyang pon bagi tahu benda yang agak menyeramkan. Moyang cakap makcik nampak perempuan sedang dukung anak di atas bangunan tu. Peh.. Mana moyang MG tahu? Makcik pernah bagi tahu moyang sebelum ni.

Ada lagi yang makcik MG nampak, tapi tak apa la. Nanti ganggu emosi blogger pula. Huhu... Nanti MG cerita lagi ok..

Setiap yang berlaku dalam hidup kita, pasti ada hikmahnya...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...