Terbaik Dari Muazfaris

Friday, June 24, 2011

Histeria di sekolah.. Betul Atau Tipu???

Gambar hanya hiasan
Nyenyak betul tidur malam tadi, sedar- sedar jer da pukul 7.00 pagi... Huhu.. Buka lah sekejap harian metro online, tiba- tiba boleh pula terminat satu artikel 'Gangguan Di Padang'... Dah lama tak dengar cerita histeria ni, sejak habis sekolah tahun 2005 dulu... Korang pernah alami tak suasana bila sekumpulan besar pelajar perempuan dan sekumpulan pelajar lelaki terkena histeria tu???


MG ada sedikit pengalaman nak kongsi dengan korang pasal histeria ni... Cerita ni berlaku pada tahun 2004, masa tu MG baru di tingkatan 4 di sebuah sekolah teknik di Melaka... Pelajar yang terkena histeria pula bukan sedikit, lebih 30 orang termasuk lelaki dan perempuan...

Dari apa yang MG diberitahu oleh kawan- kawan, mereka yang terkena histeria ni baru balik dari perkhemahan di hutan rekreasi Ayer Keroh... (budak- budak kadet bomba la ni...) Yang MG tahu, budak- budak ni jaga percakapan dalam hutan tu, tapi ada seorang pelajar ni snap banyak gambar dalam hutan tu...

So, bila budak- budak ni balik ke asrama, benda tu pun ikut sama... (ni dia orang la cerita, entah betul ke tak..) Jadi, siri penghisteriaan terjadi la pada pagi isnin, waktu persekolahan... Satu benda pelik, kenapa tak histeria hari ahad, masa dia orang balik dari hutan tu?? Aneh kan?? Mungkin benda halus suka hari isnin... Haha... Hari tu memang ramai yang kena, berjangkit- jangkit sampaikan tak cukup ustaz dan ustazah nak cover dia orang...

Yang di asrama, ada lah 2 ke 3 orang yang berkawad kat pokok pisang, macam tak sedarkan diri... Atas rasa tanggungjawab, ada lah seorang hamba Allah ni pergi lah azan kat surau asrama.. Terus jer senyap semuanya.. Tapi tak lama, waktu sekolah tak habis lagi kan,, jerit- jerit lagi... Ustaz yang mengajar MG pun turun padang, nak tolong pulihkan budak- budak tu la.. Dia baca ayat apa ya untuk sembuhkan budak- budak tu?, jap lagi MG bagi tau... Lepas baca ayat tu terus jer ok budak- budak tu.. Petangnya da boleh riadah main futsal dan bola jaring...

Keesokkan harinya ustaz MG masuk kelas dan dia cerita apa yang jadi sebenarnya... Ustaz cakap, budak- budak ni teruk sakitnya.. Sakit apa?? Sakit malas...Malas nak pergi sekolah, malas nak buat kerja rumah dan macam- macam lagi la... Histeria hanya alasan untuk ponteng sekolah semata- mata... Hahaha.. Masa ustaz tu baca ayat kat budak- budak tu pun, tak ada ayat Al- Quran pun, hanya kumat- kamit mulut tanpa perkataan dan sembur kat muka budak- budak tu.. Da elok... Hahaha... Senang kan ubatnya...

MG tak tahu la kalau ada yang betul- betul kan.. Ini hanya pengalaman MG masa MG sekolah dulu...

5 comments:

Bui Idzra Ryn said...

kat sekolah bui dulu pun ader gak kes histeria ni..sampai nk terjun bangunan..kami pelajar lain mengigil2 ketakutan..huhu

MG said...

huhu.. tu putus cinta la kot.. ntah la.. rasuk jangan tak rasuk...:)

Syuxer said...

kita tak kena lagi kena histeria so kita tau sama ada dia betul atau tak..cuma jangan dipinta kena histeria kerna ia cam hilang kewarasan sikit..:)

MG said...

huhu.. tak minta pon tapi ustaz saya yang cakap camtu.. (dlm cerita saya jer) kalau kat tempat lain tu mungkin betul la kot..:)

Hayati Hamzah said...

salu sgt psl histeria kat skolah tmbh lagi kat hostel..tp xtau la rumors ke betol.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...