Terbaik Dari Muazfaris

Thursday, June 23, 2011

Keputusan Malaysia VS Lebanon


Debaran peminat bola sepak negara akan berakhir apabila skuad negara dijadualkan akan menentang pasukan Lebanon pada jam 8.45 malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. Apakah ramalan anda untuk perlawanan malam ini? Adakah skuad yang dibimbing oleh Ong Kim Swee ini mampu mengecewakan hasrat Lebanon untuk mara ke peringkat seterusnya?


Selepas seri tanpa jaringan sebelum ini di Stadium Camille Chamoun Sports City, Beirut, apakah percaturan yang akan digunakan oleh jurulatih pasukan negara kita untuk memecah benteng pertahanan Lebanon? Selepas menyaksikan ketumpulan jentera serangan skuad olimpik kita sebelum ini, adakah Izzaq Faris Ramlan akan diturunkan malam ini dan berjaya merobek gawang lawan? 

Bagi rakyat Malaysia, ini adalah harapan yang tinggi untuk melihat bola sepak negara lebih maju. Selepas kejayaan layak ke sukan olimpik sebelum ini, 1972 dan 1980, adakah penantian selama 30 tahun ini akan berpanjangan untuk kita layak buat kali ketiga di pentas olimpik? Diharapkan para pemain akan memberikan satu perlawanan yang menghiburkan pada malam ini. Sama- sama kita nantikan malam ini, Malaysia vs Lebanon...!!! 



Jom minum Teh!!!
Yang muda- muda mari menabung!!!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...