Terbaik Dari Muazfaris

Saturday, February 4, 2012

Apalah Nasib Aku



Hari ni Mr Labu pergi ke AUO sunpower untuk temuduga kerja. Tapi malangya bila Mr Labu tanya saja di kaunter pertanyaan, staf kat sana cakap tiada kerja kosong untuk lelaki. Hanya jawatan operator untuk wanita yang dibuka sekarang. Hampa betul rasanya bila dia cakap macam tu.

Pada wanita yang hendak mencari kerja, bolehlah memohon di sana dan temuduga dibuka pada hari khamis dan sabtu. Jangan lupa bawa resume dan sijil yang berkaitan. (promote pula aku ni, kerja tak dapat pun... huhu..). Minggu depan Mr Labu nak cuba kat kilang lain pula, mana tahu ada rezeki.

Apa- apa pun, bersyukurlah dengan kerja yang korang ada sebab Mr Labu dah rasa macam mana susahnya nak cari kerja kosong sekarang ni. Ada sijil pun orang tak pandang dah sebab banyak sangat persaingannya. Nasib!!!! Nasib!!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...