Terbaik Dari Muazfaris

Sunday, February 12, 2012

Josiah Ng tak boleh berbahasa Malaysia?



First sekali mr Labu nak ucapkan tahniah pada pelumba- pelumba basikal trek negara sebab hari ni dia orang dapat 2 emas dan 2 perak dalam acara keirin ACC Championship di Cheras. Keirin akhir lelaki elit memang buat Mr Labu tak senang duduk sebab 2 orang pelumba kita bertanding, azizul hasni dan josiah ng.




Memang tak menghampakan bila emas dan perak dapat kita sapu dalam acara tu dengan josiah dapat emas dan azizul "the pocket rocketman" tempat kedua mengalahkan kazunari watanabe yang menewaskannya pada acara pecut semalam. Tahniah juga pada Fatehah Mustapha yang mengungguli acara keirin wanita elit menewaskan peserta china dan hong kong ditempat kedua dan ketiga.

Pelumba muda negara juga tak kurang hebatnya dengan lahirnya seorang lagi putri pecut, ummi hamimah yang mendapat 2 perak dalam kejohanan pada kali ni.

Biasalah, bila dah menang mesti ada temubual kan. So, bila pegulas sukan tu tanya josiah, boleh pula dia minta azizul translate. Terpaksalah pengulas tu tanya dalam bahasa inggeris pulak. Kat sini Mr Labu memang tak ada masalah dengan perkara tu sebab apa yang dia ckap dan sampaikan memang bagi motivasi kat budak muda yang nak cuba sukan ni.

Jadi Mr Labu tak naklah ada yang persoalkan atlet Malaysia tak boleh bertutur dalam bahasa Malaysia nanti. Dah memang dia habiskan masa kat luar negara kan, memang macam tu lah, janji nama malaysia harum dengan kejayaan....

2 comments:

Hanif Idrus said...

Emm..!! biasalah tuu...

Eza Boom Boom said...

Eza ni pakai basikal pun tak reti :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...