Terbaik Dari Muazfaris

Sunday, February 26, 2012

Peluang keemasan



Dah seminggu rasanya Mr Labu tak buat entri kat blog ni. Sibuk bangat akhir- akhir ni sebab kena travel melaka- kuala lumpur tiap- tiap hari atas urusan kerja.

Memang memenatkan sangat bagi Mr Labu, bukan sebab kerjanya tapi perjalanannya. Ditambah lagi dengan transport yang dah uzur sangat tu, memang ada jer lah masalah yang datang. Tak sampai 1 minggu kerja, dah memang barai rasa badan ni sebab perjalanan yang jauh tu. Akibatnya, selamat tinggallah kerja yang ku sayangi.

Bukan nak mengada- ngada sebab site yang jauh tu, tapi lepas apa yang terjadi hari- hari sebelum ni membuatkan aku rasa memang jiwa aku tak boleh terima kerja ni. Dengan tayar motor aku pancit 2 kali, memang nak claim pon susah, lagi buat aku nak cabut awal- awal dari syarikat tu. Masa interview, bos cakap boleh claim kerosakan motor dan ada elaun minyak, alih- alih bila minta, tak nak bagi pula. Serius bengang lah dengan bos tu.

Dengan gaji yang tak seberapa tu ditambah lagi dengan naik motor ulang- alik melaka dan kl, memang patutlah aku berhenti. Memang susah nak cari kerja sekarang ni tapi kalau dah majikan pun tak prihatin, baik Mr Labu cari kerja lain. Kerja operator kilang pun tak apa janji dapat pengalaman dalam bidang yang Mr Labu ceburi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...