Terbaik Dari Muazfaris

Wednesday, February 1, 2012

Safee Sali bersama Pelita Jaya sehingga 2014


Entri pertama tahun ini ialah berkenaan dengan penyerang negara yang berbakat, Safee Sali. Hari ini Mr LAbu telah meninjau- ninjau blog sukan dan astro arena dimana kontrak penyerang kebangsaan kita itu bersama Pelita Jaya telah disambung selama 2 tahun sehingga 2014.

Tamat sudah teka- teki sebelum ini dimana hala tuju Safee selepas dikaitkan dengan perpindahan ke kelab- kelab lain. Dengan ini, sudah tertutup jugalah harapan pasukan- pasukan lain untuk mendapatkan khidmat penyerang itu terutamanya dari negara kita selepas desas- desus yang mengatakan beliau akan kembali ke negara ini kerana status pengharaman ISL.

Bagi Mr Labu, bermain di luar negara adalah langkah terbaik untuk pemain- pemain negara kita kerana dengan pengalaman yang lebih luas, pastinya memberi impak kepada pasukan Harimau Malaya dikemudian hari. Syabas Safee, semoga anda menjadi ikon terbaik kepada semua anak muda yang ingin menyerlahkan bakat seperti anda.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...