Terbaik Dari Muazfaris

Monday, February 6, 2012

Tamat Sudah Perjuangan Harimau Muda



Ball watching memang sentiasa menghantui pasukan negara kita tidak kira pasukan senior mahupun skuad muda. Jaringan pertama yang amat mudah didapatkan oleh pasukan Bahrain memberikan kelebihan kepada pasukan itu menuju bilik persalinan bagi separuh masa pertama.


Gol pasukan negara hadir apabila lorongan Wan Zack berjaya disambar oleh Hazwan Bakri namun harapan untuk skuad negara untuk mendapatkan mata pertama hancur setelah gol yang pantas dihasilkan untuk Bahrain. Gol itu telah menunjukkan bahawa betapa rapuhnya pertahanan negara dengan ketiadaan Fadhli Shas dan tiada persefahaman yang kuat diantara pemain.

Sekali lagi skuad ini perlu diberi perhatian supaya tidak melakukan kesilapan- kesilapan mudah yang boleh menjejaskan rentak permainan. Diharapkan ada sinar untuk skuad negara pada masa hadapan. InsyaAllah kita akan berjaya.

2 comments:

agak masalah said...

player kita banyak dapat pressure. tu pun kita ada score. ok la kan. kalah x memalukan

Mr Labu said...

betul tu.. janji ada score kn.. huhu.. tapi game nmpk slow malam tadi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...