Terbaik Dari Muazfaris

Tuesday, March 13, 2012

Pasang Master Filter di rumah

logo untuk produk ni
Semalam rumah aku didatangi oleh budak- budak dari syarikat E- NATURE.. syarikat ni jual filter air, tapi yang dia introduce kat aku tu untuk letak kat paip utama sebelum air disalurkan ke singki atau bilik air.. Mula- mula memang aku malas nak layan budak yang datang tu, tapi kesian sebab dia baru mula nak kerja dan praktikal kat syarikat tu. aku pun dengar la apa yang budak tu cakap, sampailah aku ditunjukkan satu video pasal air dalam paip yang selalu kita minum tu... pergh... bukan main berkarat lagi air yang ditapis tu... terus saja aku tanya harga kat budak tu...


paip disambungkan dari paip utama ke paip aliran
Masa tu aku memang tak fikir yang aku ni ada duit ke tak sebab aku nak family aku sihat jer, jadi dengan bayar deposit, aku terus jer sambar benda tu... Bukan apa, aku ada baca yang air yang karat boleh menyebabkan keguguran... takut lah nanti kalau family aku ni ada yang mengandung, gugur pula kan...

letak belakang rumah tu.. huhu.. takut kena curi nanti..
Agak mahal jugalah benda ni kalau nak dibandingkan dengan aku yang belum bekerja ni nak bayar bulan- bulan... Tapi yang macam aku bagi tahu tadi, kesihatan paling utama, duit boleh cari tapi kalau dah sakit kan susah nak buat apa- apa...

cara mengendalikan master filter
Apa- apa pun aku nak cuba benda ni berkesan ke tidak... Kalau tak berkesan memang aku maki budak tu.. huhu... MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT... Tata....

2 comments:

Hanif said...

Ini kes terkena racun baik punya...hehehhehe
Sama macam aku gak...dulu Techno Water jual filter..dari tak jadi terus beli!!

Niena Pengembara Ilahi said...

amacam pakai sekarang ok x?umah sy teruk berkarat..warnanya merah menyala

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...