Terbaik Dari Muazfaris

Thursday, March 15, 2012

Terlepas dari road block

gambar hiasan...

Pagi- pagi lagi aku dah bangun untuk bersiap- siap nak pergi buat medical checkup kat klinik Malin Tengkera.. Kenapa tiba- tiba aku nak pergi ye? Sedangkan dah dekat 4 tahun aku tak pergi buat checkup.. Huhu.. Sebab aku pergi medical checkup ni, aku dah ditawarkan kerja di infineon technology.. Bestnya rasa bila aku dah ditawarkan kerja dalam bidang yang aku belajar selama ni..


Pasal medical checkup, aku ni memang malas nak buat sebenarnya sebabnya nak test air kencing la, x-ray la dan macam- macam lagi.. Masa aku datang tu memang ada orang yang dapat tawaran macam aku juga.. Kiranya aku cepat jugalah masa tu, sebab ada 4 orang jer sebelum aku tu.. Ingatkan tak lama, nah.. 1 jam lebih jugalah aku kat klinik tu.. Dah lepas check darah, aku rasa dah boleh balik, tapi kena pergi buat x-ray tempat lain pula.. Kenapalah nak buat orang pusing- pusing ni? hm..

Dah sampai kat institut jantung tu boleh pula petugas tu suruh tunggu candidates lain.. Alasannya penat nak buat kerja banyak kali.. Bukan ke tu kerja kau? Buat jer la kan.. Dekat 30 minit jugalah aku tunggu, baru datang 2 orang candidates.. Then, baru dia nak buat x-ray tu..

Lepas x-ray aku pun baliklah, tak sampai 100 meter aku jalan, ada 1 road block kat simpang tu.. Nak pusing memang dah tak sempat dah ni.. Aku buat tak tahu jer, sedangkan sticker L tak tampal kat motor.. Aku pun buatlah ramah- ramah sikit, dia tanya mana sticker.. Aku bagi alasan pagi tadi orang kilang suruh buat checkup, tak sempat nak lekat sticker.. Plus dengan muka kesian aku, polis trafik tu lepaskan jer aku.. Haha.. Selamat aku kali ni.. Lepas ni da kena tampal la cik L kat motor tu..

Pukul 1 aku sampai kat rumah, terus jer terbaring kat lantai.. Pergh.. Selesa sungguh rasanya.. Haha.. Pesanan kat korang yang takut road block tu, jangan buat muka takut bila depan polis tu, nanti mesti kena saman.. Solutionnya, buat muka 5 sen supaya polis tu kesian kat korang.. Hahahaha...
posted from Bloggeroid

1 comment:

sumirah bt mohd razali said...

salam,

boleh x cite tips nak g interview kat infineon?saya ada interview sabtu dpn..nervous :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...