Terbaik Dari Muazfaris

Sunday, June 19, 2011

Kerja Kampung Vs Kerja bandar...

Selamat berhujung minggu pada korang.. Haha.. Hari ni mungkin hari rehat bagi orang yang kerja pejabat dankorang boleh rilex dengan keluarga korang... Sedar tak sedar kita da nak menghampiri bulan puasa da.. Huhu.. Macam mana persediaan korang?? Da ganti puasa tahun lepas??? Kalau belum, cepat- cepat lah ganti ya...

Apa pendapat korang kalau aku cakap kerja kat kampung lagi best dari kerja kat bandar??? Haha.. Atau pun kerja depan komputer tu... Korang rasa kalau kerja kat kampung ni ada masa depan ke tak?? Dan apa pandangan korang pada orang yang kerja kampung ni???

Terus terang MG cakap la, MG ni pun orang kampung juga.. Kita share jer la ya.. Keluarga MG kebanyaknya memang buat kerja kampung jer macam ambil upah potong rumput, tebang pokok, masak kenduri kahwin, jual buah dan banyak lagi.. Tapi Alhamdulillah, rezeki tak pernah putus...

Bagi korang (wanita lah) agak- agaknya sanggup ke dapat suami kerja kampung ni?? Huhuhu... Rasanya tak semua lah kot.. High standard lah kot.. "Mana mampu orang tu nak tanggung aku, mekap aku pun lagi mahal dari gaji tiap- tiap bulan yang dia dapat tu".. Mungkin la ayat tu yang keluar kan...

Kerja bandar pula walaupun kerani kecil, orang mesti suka (government) sebab boleh buat banyak loan.. Yang juruteknik pun saham tinggi juga (kawan MG ramai), loan kereta, rumah, personal?? Semua dia sapu, tapi setakat bawa kereta besar, rumah besar pon tak pergi kemana sebab hutang keliling pinggang.. Baik ada moto kapcai tapi hati senang jer.. Ada rezeki lebih baru fikir apa yang dihajatkan...

"Don't judge a book by its cover" 

5 comments:

Nasz said...

keje mana pun best..asal rezeki halal..huhu..

jemput join segmen simple saya..

SEGMEN SIMPLE : SAYA SAYANG AYAH ...

amni azmira said...

keje low standard pon takpa asalkan rajin berusaha..msti jadi high class trus ^_^

Mr Labu said...

NasZ---> yup.. asalkan halal... huhu

amnie azmira---> usaha tangga kejayaan...:)

zarul farhana said...

jnji halal..
saya pon buat krja gak kt kg skrg mnoreh getaH best..
smbil tgu result u..

Mr Labu said...

wah.. bgus2.. ada side income.. hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...