Terbaik Dari Muazfaris

Friday, June 10, 2011

Sayang Ke Tak??? Kenapa Buat Macam Ni.....

AMPANG: Hanya kerana merajuk selepas teman lelakinya tidak membelikan minuman, seorang wanita menerima padah apabila dia bukan saja dihalau keluar dari rumah malah turut ditumbuk lelaki terbabit.
Difahamkan, wanita berusia 40 tahun itu ditumbuk di muka menyebabkan dia lebam pada mata.


Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam, Selasa lalu, mangsa yang tinggal di Pandan Jaya, di sini, dikatakan sedang tidur dalam sebuah bilik rumah berkenaan sebelum teman lelakinya pulang dan menyerbu masuk biliknya.
“Mangsa yang sedang tidur terkejut dengan tindakan itu bagaimanapun tidak mengendahkan tindakan teman lelakinya itu. “Secara tiba-tiba lelaki itu menjerit dan menghalau mangsa supaya keluar dari bilik berkenaan.


Dia dikatakan bertindak sedemikian kerana berang wanita itu yang merajuk selepas dia tidak membelikan minuman dipesan,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Sumber: myMetro

Komen aku: Kenapa orang macam ni pon ada ye?? Bukan wanita tu perlu dijaga dan di hormati ke?? Benda kecil pon boleh sampai pukul sampai lebam- lebam ekh... Kaum lelaki.. Jangan jatuhkan martabat anda kerana melakukan perkara sebegini... Kalau anda kuat, ingatlah ada berjuta orang lagi kuat dari anda dan kalau anda berani, lebih ramai lagi yang berani dari anda.. Jangan lepaskan kemarahan anda pada wanita... Mereka bukan lawan anda... Sekian...

2 comments:

sha said...

haha~

satu jer perkataan yg paling suit (padan) dgn dia tu: bodoh!

Sufri Dan Yasmin said...

haha.. btol 2... keganasan = b***h...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...