Terbaik Dari Muazfaris

Thursday, July 28, 2011

Terima Kasih Atas Semangat Anda...!!!


Wwaaarrggghhhh.... Memang sedih apabila Malaysia tersungkur di perlawanan kedua dimana kita tidak layak untuk ke pusingan ketiga bagi perebutan slot ke Piala Dunia 2014 di Brazil. Bagi skuad negara tiada apa lagi yang perlu dikesalkan, hanya perlu mengambil pengajaran diatas kesilapan yang telah dilakukan sahaja mampu meningkatkan cara permainan skuad kita selepas ini.
Tahniah kepada Super Safie sebab menghadiahkan satu lagi gol yang amat cantik dan terbaik pada perlawanan malam ini. Tiada yang lebih bermakna daripada gol yang disumbangkan oleh pemain kelab Pelita Jaya ini. Tahniah kepada penonton yang berjaya datang ke stadium Bukit Jalil. Jumlah penonton yang mencecah 90 ribu adalah suatu yang boleh dibanggakan oleh bola sepak negara dan kita perlu mengekalkan budaya ini supaya bola sepak negara kembali rancak meningkat selepas ini.

Tahniah juga skuad singa yang telah menterjemahkan permainan yang paling "baik" dengan pelakon- pelakon bertaraf hollywood. Jangan khuatir sebab anda mungkin ada wakil bagi pemenang Oscar tahun hadapan. Tidak dinafikan pemain "IMPORT" ini bermain dengan baik, ditambah pula dengan faktor fizikal, maka mereka memang layak ke peringkat seterusnya.

Amaran keras...!!!! Bola sepak Malaysia semakin hari semakin maju, anda pasti akan tunduk dengan kami satu hari nanti... Hahaha.... Peminat Malaysia...!!! Harimau muda belum tumbang, mari support mereka pula selepas ini...

5 comments:

AyiLarimA said...

Pasukan Malaya tetap dihati, even kita kalah tapi kalah bermaruah. Sayang Malaysia "tiba tiba je kan"

http://aylliarimasiprincess.blogspot.com/2011/07/pasukan-malaysia-semakin-membanggakan.html

cucu umie said...

it's okay..pemain malysia sudah cuba yg terbaik..thump up untuk team malysia

lia AKA milo said...

betul tu, walaupun mereka kalah tapi mereka dah berusaha dengan gigih..
harimau malaya pasti bangkit!

cIk PikA said...

geram kan tengok bola mlm tu.. singapore.. belakon je lebey.. tp pika suke cik fami.. hehehe (gatal2..)

syaz@rozelt said...

harap2 dpt emas la kan tuk sukan sea kali nie~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...