Terbaik Dari Muazfaris

Tuesday, February 7, 2012

Guna azimat boleh lulus BI?

Korang baca tak harian metro pagi ni? Sepanjang Mr Labu hidup ni tak pernah pula dengar orang lulus peperiksaan guna azimat, nak- nak lagi guna benda tu untuk bahasa inggeris. Makin pelik dunia sekarang ni, bila dah semakin maju, makin mengarut pula perbuatan manusia. Yang percaya benda- benda ni bukan orang yang kurang berpelajaran tapi penuntut IPT pula tu.



Baca petikan dari Harian Metro dibawah....
Dua pelajar IPT terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Azman, 22 dan Rashid, 23, mendakwa daun sirih itu amat berkesan apabila mereka memperoleh keputusan cemerlang setiap kali peperiksaan mata pelajaran Bahasa Inggeris.
“Terpulang kepada orang lain sama ada mahu percaya atau tidak, tapi bagi saya dan beberapa rakan lain, kami sudah menggunakan sirih itu dan ia terbukti berkesan".

p/s: Wow... boleh jadi juga dia orang ni tak perasan yang tahap bahasa inggeris dia orang memang dah pandai tapi still nak percaya benda azimat tu penyebab dia lulus...  Kalaulah betul benda tu betul, Mr Labu rasa lecturer dan guru bahasa inggeris boleh letak jawatan lepas ni sebab semua pelajar akan gunakan azimat ni untuk lulus.

sumber

2 comments:

Muttallif said...

Harap mereka faham yang ilmu datang dari Allah s.w.t, bukan benda2 lain.

Mr Labu said...

Amin.. jangan mereka sesat dari jalan Allah, sudahlah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...