Terbaik Dari Muazfaris

Monday, February 27, 2012

Tipu untuk apa?

Kali ni aku nak cerita pasal sorang kawan aku yang memang seorang yang unik dan penuh tanda tanya. (ayat cover line) Hahaha... Aku berkawan dengan dia ni bukan sekejap, dari kecil sampailah dah dekat 24 tahun umur aku ni. Jadi, memang aku dah kenal sangatlah perangai dia ni. Azrul (bukan nama sebenar) memang suka sangat bercerita, boleh ralit jugalah kalau dengar dia cerita tu. Azrul ni ada 2 orang sepupu yang seangkatan dengan aku juga, lebih kurang sebaya jugalah.

Nak dijadikan cerita, kita orang ni selalunya akan lepak kat rumah Azrul ni sampai pukul 2 ke 3 pagi. Dia ni kerja kilang dan masa kejadian yang aku nak cerita sekejap lagi ni dia berkerja shift pagi. Waktu tu hari rabu jam 8.30 malam, macam biasalah aku pergi rumah dia nak lepak bagi menghilangkan bosan. Sampai jer aku kat rumah dia, dia baru jer lepas mandi. Kita orang borak jer la tapi baru 30 minit dia dah menguap macam aku ni menganggu dia jer malam tu. Lepas aku habiskan sisa asap, aku terus jer la minta diri dalam pukul 9.30 malam.

Pukul 12 malam tu aku dapat mesej dari Amir, sepupu kepada Azrul ni. Dia nak cerita sesuatu kat aku lah tu. Tapi yang peliknya kenapa nak jumpa kat rumah azrul pula? Bukan dia nak tidur ke tadi. Aku pun capai motor honda ex5 vtec aku tu pergi ke rumah azrul, 1 minit jer dah sampai. Terkejut juga azrul dengan matanya yang segar tu tengah berborak dengan 2 sepupu dia tu. Saja aku sindir, tak tidur ke der? Senyum siput sedut pula dia ni. Kita orang pun boraklah sampai pukul 1. Aku tak perasan lagi apa yang terjadi kat budak 3 orang ni. Sampailah amir dan budi (sepupu azrul sorang lagi) ajak aku pergi 7 eleven nak beli topup katanya. Aku ikutkan jugalah sebab malam tu memang dah bosan habis.

Masa dalam perjalanan tu barulah aku tahu kenapa amir panggil aku tadi. Rupa- rupanya ada yang amir dan budi tak puas hati dengan azrul. Budi mulakan cerita, lepas aku balik dari rumah azrul, budi pula sampai kat rumah azrul. Sebab aku pun dah balik rumah, budi pun baliklah dengan niat nak main facebook sekejap. Memang masa tu azrul tengah online dan sempat chatting dengan budi, budi ni memang kalau buka laptop memang tak tutup balik. Dia tinggalkan dan terus ke rumah azrul dalam 500 meter dari rumah dia. Dari jauh nampak cahaya tv yang terang dan lampu rumah yang terang benderang, tapi bila tiba saja kat gate rumah azrul, dengan serta merta tv terpadam dan lampu tertutup serta merta. Kalau korang berada kat tempat budi tu apa yang korang rasa? Bila ditanya, dah tidur tapi boleh pula chat kat fb. Untuk apa dia tipu pun aku tak tahu. Sebab aku pun fb terkena juga, dalam mengantuk pun ada masa nak buka laptop. Mungkin aku kacau ketenteraman dia kot.

Malam tu kita orang memang kutuk jer azrul ni sampailah balik rumah. Jahat kan kita orang? Tapi jahat lagi dia sebab tipu kita orang ni sebagai kawan rapat dia. Apa pun tak boleh... Adoiyai...

3 comments:

Eza Boom Boom said...

macam takde motif je dia tipu korang kan.

Hanif said...

Itulah kelebihan kawan baik lelaki ..no hard feeling..
Aku pun macam kau dulu..macam2 pelik kawan baik ini..
Tapi siap kau kena kutuk ramai-ramai...hahahahha
Teringat masa muda jadi master kutuk!!!

aliya atina said...

Sebab apa yek dia buat camtu ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...