Terbaik Dari Muazfaris

Tuesday, March 13, 2012

Tunai baucar BR1M di CIMB

Rupa voucher yang diberi..
 Seawal pukul 7.30 pagi tadi aku sudah keluar rumah nak pergi temankan nenek ke Jeperun Durian Tunggal sebab nak ambil voucher BR1M. Disebabkan kaunter dibuka pukul 9.00 pagi, aku pun balik rumah lah tapi nenek aku tinggal kat sana sebab nak tolong orang memasak untuk kakitangan yang bertugas kot... Pukul 9.00 pagi aku pun pergilah balik Jeperun tu, memang jalan sesak gila nak- nak lori dan bas pun lalu kan... Aku terus ambil nenek aku, then pergi bank BSN dekat dengan tempat tu jer... Boleh pula pegawai bank tu cakap, bank tak ada cash.. Terpaksalah kena pergi CIMB Alor Gajah untuk tunaikan voucher hari ni juga...

Dataran keris Alor Gajah... huhu
Sampai- sampai jer kat CIMB tu, memang ramai gila yang menunggu giliran.. Sebab aku ni malas nak buat kerja banyak kali, aku suruh jer la nenek aku tunggu... Nasib baik ada seorang hamba Allah ni bagi nenek aku duduk, maklumlah orang tua bukan boleh berdiri lama sangat kan... Tunggu punya tunggu, tengok jam dah 10.40 pagi... wah... dah lebih sejam aku tunggu rupanya... nenek aku dah memang gelisah jer menunggu dari tadi... Finally baru sampai giliran kita orang... Dapat jer duit kat tangan terus senyum jer nenek aku ni.. huhu... adalah rancangan dia tu nanti...

Tapi yang buat hati aku sakit tadi, macam mana adap bekerja orang bank ni ye??? Bukan semua yang teruk, tapi adalah seorang dua yang kurang ajar sikitlah... Kalau ye pun penat buat kerja tu, tolonglah hormat orang tua, jangan lah nak tengking atau marah dia orang... kalau salah ambil nombor tu, cakap elok- elok jer tak boleh??? Lepas tu kalau boleh muka tu jangan nak kerek jer macam kerja tu bagus sangat ye... Orang tak respect tapi meluat tengok muka tu... so, kalau siapa yang kerja kat bank terbaca entri aku ni jangan lah boikot aku... huhu... aku hanya menujukan pada segelintir jer kutu dalam tu.. bukan bermaksud semua sekali...

Nak rehat kejap ni.... Pening sebab memang hari ni SESAK sepanjang perjalanan aku....

2 comments:

Cik Lia Lomi said...

Lia punya amik voucher dan di tunaikan di situ sahaja, tak payah pegi bank..

*sikap manusia memang macam tu tapi tak semuanya begitu..

Anastasyea Aida said...

Kadang² terjumpa jugak dengan orang mcm tu, masam je memanjang. Tanya sepatah, jawab sepatah. Kita pun tau yang dia penat, tapi kalau orang nak tanya, jangan la marah². Tu kan kerja dia. Kalau tak nak kerja, baik resign, cari kerja yg lain.

www.anastasyea.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...