Terbaik Dari Muazfaris

Tuesday, June 21, 2011

Cinta:Caring atau Kongkong..!!!

Pagi ni boleh lambat pulak bangun... Saparan pon tak ada ni, da lah lapar dari malam tadi nenek pulak tak masak apa- apa pagi ni... Korang ada teman wanita atau teman lelaki tak?? Korang rasa, korang betul-betul cinta dan sayang tak pasangan korang tu?? Atau korang anggap pasangan korang tu hanya sementara (kasanova).... Hahaha...

So, kalau korang sayang pasangan korang tu, berapa kali korang gaduh sepanjang 'couple'?? Jangan takut gaduh dengan pasangan, sebab gaduh ni pun adalah salah satu cara untuk kita mengenali hati dan sifat pasangan kita... Tapi kalau da sampai naik tangan atau kaki tu, tinggalkan jer...

MG tahu, korang ni mesti caring kan??? Setiap apa yang pasangan korang buat mesti korang nak ambil tahu kan?? Supaya pasangan korang tak buat bukan- bukan belakang korang kan??? Tapi sejauh mana penerimaan pasangan korang dengan keikhlasan hati korang tu??

Orang yang tidak terlalu sosial mungkin boleh menerima budaya pasangan yang suka bertanya macam- macam ni.. Contoh, 'awak kat mana tu?? dengan perempuan ke lelaki?? buat apa kat sana??'... Tapi bagi orang yang banyak komitmen dengan kerja, kawan dan parti atau apa- apa yang boleh menyibukkan diri dia orang, pasti dia orang tak suka kalau pasangan dia orang tanya macam- macam...Bagi dia orang ni, korang tak ubah macam mak dia orang yang suka mengongkong...

Terpulang pada individu tu lah sebenarnya, kalau korang saling sayang- menyayangi dengan pasangan korang tu, korang akan menjaga hati dan kelakuan korang supaya tidak menyakiti hati pasangan korang...

Ingat!!! Cinta sesama manusia tidak sama dengan cinta pada Allah SWT... Jangan kita lalai dan alpa dengan kewajiban dan laranganNya dalam keasyikan kita bercinta... Huhuhu...

5 comments:

Syuxer said...

kawe seorang yang sungguh caring..tapi akibat terlalu caring, orang mudah ambek kesempatan kot..heheh..xpo janji kita jadi budak juruh(perangai baik)..:)

MG said...

huhu.. betul tu.. kawe sokong....

kotak bulat said...

aku gf yg baik..xde kongkong ni..

Bui Idzra Ryn said...

kalau terlalu caring,maksudnya dh mengongkong..kita kena bagi ruang dekat pasangan utk buat hal sendiri..bui dulu ms bercinta rimas kalau pasangan asyik nak berkepit..tp sekarang dh bersuami,nk berkepit selalu..hehe

MG said...

Huhu.. terpulang pada keselesaan sendiri.. lebih baik berterus terang daripada pasangan kita tak tahu apa yang kita rasa... jangan putus ditengah jalan disebabkan hal yang minimum.. hahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...