Terbaik Dari Muazfaris

Thursday, June 30, 2011

Gol Mudah Untuk Taiwan

Persembahan yang meyakinkan oleh pasukan Harimau Malaya dipertontonkan kepada peminat bola sepak negara dan seterusnya melakarkan kemenangan 2-1. Dua gol hasil jaringan kapten pasukan negara, syafiq rahim dan tandukan aidil zafuan nyata menceritakan kesungguhan mereka untuk mencatatkan kemenangan di tempat sendiri.

Kemenangan dengan jaringan yang besar seharusnya dicapai kerana dengan itu sahaja yang akan membuatkan skuad negara akan berada dalam situasi selesa sebelum berkunjung ke tempat lawan. Tetapi sebaliknya, pasukan Taiwan berjaya mendapatkan satu gol yang amat mudah hasil kelekaan benteng pertahanan pasukan negara. Kekesalan ini juga dikongsi oleh semua pemain lain di luar padang yang agak sugul meskipun mencapai kemenangan.

Perlawanan kedua diantara Malaysia dan Taiwan dijadualkan pada hari ahad ini dan akan menentukan pasukan mana yang akan mengisi slot ke peringkat seterusnya. Diharapkan sedikit perubahan dilakukan oleh Datuk K. Rajagopal untuk memperkemaskan benteng pertahanan negara dari dibolosi pihak lawan selepas ini.

p/s: support pasukan negara kita....o_O
Published with Blogger-droid v1.7.2

5 comments:

syuxer said...

tu la pasal...kalau tak leka tadi, dah boleh berjoli kat taiwan dah tadi..

tapi taiwan ni rebah sikit jerik supo ponde hahahahah..

Omar F. said...

Harimau dah tunjuk taring~

Mr Labu said...

haha,, tengok second leg camne lak...

harrazdani said...

kelemahan malaysia ni cepat berpuas hati dan selalu leka...;(

Mr Labu said...

haha.. tau xpe... tapi harap dia orang top performance lps ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...