Terbaik Dari Muazfaris

Saturday, June 25, 2011

Kelayakan Olimpik London: Gary Steven Robbart Harus Belajar...

Hasil kemenangan yang dikecapi oleh pasukan bola sepak Malaysia adalah hasil keringat dan permainan bersungguh- sungguh yang ditunjukkan oleh anak buah Ong Kim Swee. Tidak dinafikan, corak permainan dengan hantaran- hantaran pendek ala- ala Barcelona itu dapat membuahkan hasil yang baik pada pasukan negara.


Faktor nasib juga adalah penting dalam permainan bola sepak, seperti mana yang kita lihat pada gol pertama, di mana nasib adalah faktor utama selain teknik sepakan yang baik oleh Irfan Fazail. Pemain tengah yang bermain agak baik malam itu, Gary Steven Robbart, yang menerima kad kuning seawal minit pertama adalah perancang bagi Malaysia untuk mendapat gol kedua hasil jaringan Wan Zack Haikal. Gary seharusnya lebih berhati- hati dalam perlawanan itu dari membuat sebarang kesilapan, tetapi pada minit ke-50 telah mengubah segalanya disebabkan dia diperintahkan keluar padang.

Gary tidak sepatutnya bertindak sedemikian kerana pasukan negara ketika itu tidak berada dalam keadaan yang tertekan. Disebabkan itu juga, corak permainan pasukan negara menjadi tidak seimbang sehinggalah perlawanan tamat. Akibat bermain dengan hanya 10 orang itu juga, pasukan Lubnan telah berjaya mendapat 1 gol hasil kesilapan barisan pertahanan Malaysia.

Diharapkan para pemain Malaysia sama ada skuad senior atau skuad olimpik, belajar dari kesilapan ini. Bola sepak Malaysia boleh maju jika bermain dengan baik dan ketenangan dalam setiap pergerakan. Ambil contoh pasukan seperti Barcelona yang bermain 'simple football' dengan hantaran- hantaran pendek yang tepat, selain kepantasan corak permainan, mampu menewaskan banyak pasukan yang terbaik di eropah.

Harapan MG, walaupun diundi dengan pasukan pilihan seperti jepun, korea selatan dan juga australia, jangan mudah mengalah dan teruskan corak permainan yang baik... (harap- harap Ong Kim Swee bacalah ni) Hahahaha....:)

2 comments:

syuxer said...

tahniah untuk team malaysia..:)..

dorang masih muda..masih bnyak lagi untuk belajar..semoga tragedi mendapat kad merah ini mengajar erti jangan terlalu keras bermain..

anyway..hantaran passing pendek sungguh menghiburkan..kalau mas men cmni insyaAllah..mas boleh pi olimpik..kepantasan dah ada..

mz said...

taktahu plak ko ade letak link blog aku kat situ..
thanks.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...