Terbaik Dari Muazfaris

Thursday, June 23, 2011

Macam Ni Ke Mak Ayah Kau Ajar?

Perubahan bunyi enjin motor MG tadi membuatkan MG sedar da 2bulan MG tak tukar minyak hitam... Haha.. Lupa lah nak tukar, lagipun tengah kering jer poket ni... Tajuk entri saja da bagi orang panas... Orang tak panas tapi MG yang panas... Perasan atau tak, korang pasti akan buat satu kesilapan walaupun ia adalah kesalahan yang minima...



Setiap apa yang berlaku pada diri kita adalah suatu yang telah ditetapkan oleh Allah, berbanding dengan perangai atau tabiat, ia adalah hasil daripada didikan ibubapa, cikgu dan orang sekeliling... Kenapa ada budak sekolah seawal umur 10 tahun sudah pandai menghisap rokok, curi dan lain- lain? Mereka ke yang nak jadi macam tu atau ibubapa yang terlepas pandang semasa mendidik anak mereka?

Cuba bayangkan kalau pada umur 10 tahun, seorang kanak- kanak itu sudah melakukan jenayah seperti mencuri? Apa yang terjadi bila dia sudah besar nanti? Boleh ke dia berubah? Boleh, kalau ada pihak yang betul- betul nak dia berubah... Tak payah buat jenayah lah, yang darjah 2 duduk lepak kat pondok- pondok, lepas tu pasang rokok tu, macam mana pula? MG pelik betul lah, memang kanak- kanak lelaki tu nakal tapi kenapa perlu biarkan dia orang buat benda- benda yang tak ada manfaat tu? Bukan nak suruh ibubapa jaga anak dia orang 24 jam (walaupun itu tanggungjawab dia orang) tapi perhatikan lah anak- anak tu buat apa.. Cuba tengok anak- anak tu buat bukan- bukan ke tak.. Nanti dah jadi satu benda buruk, baru nak sedar.. Tak guna dah lepas tu... Pada ibubapa di luar sana, cegah sebelum parah...

p/s: sekadar luahan MG bila melihat sekumpulan budak- budak 'smoking' bila MG ambil adik balik dari sekolah agama tadi... (nak jer turun moto, belasah sorang- sorang).. Nasib baik anak orang lain... :)

4 comments:

Nasz said...

skrg ni budak2 sekolah dah makin liar..tak tau la apa nak jadi.pelapis masa depan tu..

jemput join segmen simple saya..

SEGMEN SIMPLE : MY WISH ...

syuxer said...

budak2 sekarang dah advance punya perangai..kalau dibiarkan begini,kemungkinan besar indeks jenayah akan meningkat suatu hari nanti..mintak dijauhi

kotak bulat said...

budak ni gambr ko mse kecik2 kan..kan...ad rupe ko lah tu

Mhelmi said...

Kalau budak kecik hisap rokok macam ni, mak bapak bukan dah salah pandang... Memang mak bapak salah haluan dalam mendidik anak-anak.

Blog NETonX

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...