Terbaik Dari Muazfaris

Sunday, July 10, 2011

Kasanova Kecundang Di Penghujung Jalan....!!!!


Harian Metro hari ini mengingatkan aku tentang kenangan aku masa sekolah dan di UITM dulu. Huhu... Siapa antara korang yang pernah jadi kasanova? Hanya dengan memerlukan sedikit ayat- ayat yang manis dan ke'macho'an yang ada pada korang serta penampilan yang menarik, korang mampu menjana pendapatan pasif lebih menguntungkan dari bisnes MLM.



Itulah hakikatnya Walaupun berstatus seorang pelajar, mereka boleh mendapatkan kemewahan dengan senang. Bukan sekadar itu saja, malah habuan nafsu juga telah mereka perolehi dengan cara ini. Tak hairanlah kalau mereka yang terjebak dengan gejala ni akan sentiasa tidak senang duduk dan hati yang tidak tenteram kerana dosa- dosa yang telah mereka lakukan.

"What you give, you get back", setiap apa yang korang buat pasti akan mendapat balasannya sama ada baik atau buruk. Kalau korang sedang berfoya- foya dengan ramai wanita, korang fikirlah bagaimana jika adik atau kakak korang dipergunakan seperti itu. Muhasabah diri kita supaya tidak melakukan perkara macam ni dan mendapat keredhaan Allah...

p/s: Aku teringat kenangan lalu bukan sebab aku ni kasanova juga tapi adalah kawan macam ni dulu... huhu...

3 comments:

yunZatie said...

huhu..kasanova itu stylo kan..

cheritakhita-yuyunz.blogspot.com
singgah saya ya.

syuxer said...

kasanova adalah pemusnah impian harapan cinta suci kot hahahaha..

Anonymous said...

kasanova itu kasanova..hahaha..dah nama pun kasanova..apa yg lia merepek ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...