Terbaik Dari Muazfaris

Sunday, February 26, 2012

Hantu PLKN



Entri kali ni aku nak cerita tentang pengalaman aku masa PLKN tahun 2006 dulu. Aku bukan tak aktif langsung masa sekolah dulu, tapi entah kenapa pula aku kena pergi khidmat negara ni. Memang tak ada niat langsung nak pergi, yelah nak pergi tu bukan ada kawan pun.

Aku gagahkan diri jugalah pergi, dan bukan jauh sangat pun rumah aku dengan kem tu. Aku kena kat Jasin Melaka, nama kem tu kem lagenda. Tempatnya memang totally dalam hutan, kalau nak fly memang fikir seribu kalilah. Dalam kem ni memang semua kemudahan lengkap, asrama lelaki dan perempuan pula dipisahkan dengan trek kembara halangan yang macam dinding 10 kaki tu lah.

Minggu pertama aku memang paling menyeksakan jiwa sebab nak sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan kawan- kawan baru. Masuk minggu ketiga, aku dah kena berjaga malam dan semua pelatih wajib berjaga malam ikut jadual yang ditetapkan. Memang seram gila malam tu, kiri kanan depan belakang hutan saja. 3 jam kita orang berjaga, memang banyak bunyi yang aku dengar. Sayup- sayup jer dengar orang mengilai, rupa- rupanya budak- budak ni belum tidur lagi. Jadi, selamatlah aku malam tu sebab tak ada benda yang menganggu tugas aku.

Tapi makin lama, makin banyak lah cerita yang aku dengar dari pelatih lain yang dia orang ada terserempak dengan lembaga perempuan. Bukan sorang dua, tapi ramai yang dah nampak benda tu, kat tandas, kat bilik telefon dan kat kantin pun ada. Sebagai seorang yang tak pernah jumpa benda mengarut ni, memang aku tak ambil pusing apa yang dia orang cerita tu sampailah patut hari tu.

Malam tu semua pelatih ada ceramah macam biasalah kat dewan makan, lepas jer minum malam memang boleh buat aktiviti bebas macam biasa juga. So, dari kantin ke asrama lelaki memang akan nampak tembok 10 kaki tu. Tapi malam tu memang ramai budak depan aku berhenti separuh jalan sambil perhatikan kat tembok tu. Memang sesuatu yang tak
dijangka depan mata aku, sekujur tubuh berkain putih dan berambut panjang memandang kearah asrama lelaki. Memang terkejut jugalah sebab dapat tengok live ramai- ramai pula tu.

Jadi, memang betullah apa yang budak- budak ni cakap. Nasib baik bukan aku sorang jer yang nampak benda tu, kalau tidak, memang tak tenanglah hidup aku. Yang menjadi tanda tanya, betul ke benda yang aku nampak ramai- ramai tu? Dan yang paling pelik, sebelum kita orang nampak benda tu, tak ada yang histeria pun tapi lepas malam tu, tiap- tiap hari ada saja yang histeria. Hurm... Kebetulan kot semua tu.
Haha...

3 comments:

profmie said...

kat mna2x pun memg ade benda tu..btw,akpun pnh jg t'serempk benda tu..nice entry..hihi

Mr Labu said...

haha.. tapi bila depan mata memang da kejung jek badan..

Unknown said...

Eza tak kena pilih g plkn. hehehe... Erk, p entry awak ni memang serammmm.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...